Sunday, December 04, 2005

Asam Pedas Tampok Laut

1. Ambil tebu dan buang kulit. Pastu belah dua. Susun hirisan tebu di bhgn bawah.
2. Ambil ikan terubuk / ikan parang (ikan pirana pun bole) dan potong tiga. Susun ikan yg telah dipotong di atas susunan tebu.
3. Sediakan halia, kunyit dan garam. Tumbuk bahan ini sehingga lumat (blender pun bole). Campurkan bahan ini bersama perahan air asam jawa dan tuangkan ke dalam periuk yg telah diletakkan ikan+tebu tadi. (Bahan tersebut dijadikan air rebusan).
4. Rebus ikan bersama bahan td dalam tempoh lebih kurang 8 jam. Untuk hasil yg lebih baik, rebus ikan tersebut dalam tempoh 3 hari sebelum dimakan. Untuk hari ke-2 dan seterusnya, rebusan dilakukan lebh kurang 2 jam.
5. Nota : Air rebusan boleh di top-up dengan air biasa.

Untuk bahan kuah :
1. Blender bawang merah dan bawang putih.
2. Cili kering pun diblender.
3. Tumiskan campuran bawang terlebih dahulu. Selepas itu, masukkan cili dan gaulkan hingga sebati. Biarkan campuran tersebut hingga terbit minyak.
4. Masukkan bahan tumisan td ke dalam rebusan ikan dan masak kan mereka secara berjemaah.
5. Dah siap dan sedia untuk dimakan. Sedap hingga menjilat jari.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home